Want your
own Fotopage?












 
Abadikan Setiap Detik Untuk Dikongsi Bersama Yang Tersayang

By: Mohamad Saifullah Omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 29-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Abe & Azura, 29 Nov 2008, Seremban







































Salam semua...so ni latest entry utk wedding photo...pasangan kali ni bernama Abe & Azura...Abe ni warga Kelantan...seorang petani/penternak ayam yang berjaya...lepasan ijazah tu...kata nyer x syok makan gaji...semangat cam ni la yg org melayu perlu ader...xkan la asyik nak makan gaji je kan...Azura ni lak salah sorang tenaga pengajar...dulu org ajar dier tp skrg ni dier ajar org lak...tp job ni pun aku dpt dr saudara Rudy Azwan...salah sorang "otai" wedding photographer...dah lebih 5 tahun brader Rudy ni jd wedding photographer...sejak dr semester akhir di Universiti Malaysia Sarawak lg...compare ngan aku yg x sampai setahun pun pegang camera ni... ....tp aku dah bulat tekad...lepas dr 2 tahun Insya-Allah aku akan jadikan Wedding Photography ni sbg full time income aku....wife aku pun dah setuju & dier pun tgh menuntut ilmu dr aku.... ....so like always....tolong la tinggalkan komen2 utk aku...


Saiful
019-7325369
*Tempahan serendah RM100 untuk Tahun 2009

salam bro... gmabr ko lagi marvellous... sharp je aku tgk... bile nk turunkan ilmu ni? hehehe... Wed 10-Dec-2008 08:04
Posted by:Palie Massa Studio wmf2099@yahoo.com  - [Link]
rudy
thanx bro...jgn luper email aku kalau ko dpt job area2 KL...aku nak ikut tag...

wmf2099
pic aku biasa je...bnyk lg yg aku nak kena belajo...mungkin leh tukor2 ilmu sikit ngan ko...
Thu 11-Dec-2008 04:24
Posted by:epul4269 epul4269@yahoo.com  - [Link]
cantik la gambar, then thanks sebab sudi kongsi idea dgn org lain... semoga berjaya... Wed 17-Dec-2008 01:10
Posted by:cmratu muktasim.pm@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 16-Nov-2008 09:04 Email | Share | | Bookmark
Hazrin & Alfian, Johor Bahru, 25 & 26 Oktober 2008













dah lama xde entry baru utk wedding pic...so ni yg terbaru utk portfolio aku...kepada para pengunjung sila la tinggalkan komen2 yg membina...enjoy....

Care to comment?


Tuesday, 14-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Birthday Fatin Najihah

 
 
 
View all 13 photos...










Selamat Hari Lahir ke-3 utk adik Fatin Najihah...sambutan dibuat dgn sederhana oleh keluarga En. Faizul...turut memeriahkan majlis adalah kawan2 sepejabat & jiran tetangga...dgr citer makanan x cukup sampai terpaksa order burger...tu nasib baik aku x melantak betul2...kalau x yg lain x merasa la masakan En. Faizul ni...hehehehehehe

Care to comment?


Friday, 19-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Berbuka Puasa Staff Capital Network Sdn Bhd

 
 
 
View all 11 photos...










Bos aku dengan murah hati nyer telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa untuk staff dier yg beragama Islam...pic x bnyk sbb terlalu asyik makan daging kambing panggang sampai MC esok nye...

Care to comment?


Saturday, 16-Aug-2008 06:59 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Izan & Ida, Masjid Tanah, Melaka

 
 
 
View all 42 photos...


















Gambar terbaru waktu cuti sekolah yg lalu...job ni 3 hari start dari hari Jumaat 15/08/08...perghhh penat usah ckp la...2nd day tu dah rasa cam nak pitam...tp rasa nyer ni la pengalaman yg plg seronok...first time shot majlis kat Melaka...masa Malam Berinai ader lak berarak...time tu la kelam kabut...dah la outdoor light xde (ader la lampu jalan 2 batang...tu pun kelam je...huhuhu)...so terpaksa la pakai direct flash... ...yg best nyer family perempuan 'n' lelaki sporting habis...aku dah rasa cam sebahagian dari family diorang lak...hehehehe... ...so njoy pic terbaru ni 'n' kalau nak komen pun boleh aje...sangat2 dialukan...

p/s : terlepas nak shot sekitar Bndr Melaka waktu malam......dah makin cantik...

Leh menuntut ni
Cayok2...
Wed 10-Sep-2008 01:26
Posted by:ukirkasih  - [Link]
owh...bangi je... tak jauh la...
aku kat area nilai je.....
Thu 11-Sep-2008 01:00
Posted by:shaifulsafar  - [Link]
Wed 3-Dec-2008 04:03
Posted by:unnamed
View all 9 comments Add comment


Sunday, 10-Aug-2008 01:24 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Mie & Lieyn 1hb, 2hb & 3hb 2008

 
 
 
View all 21 photos...












Mie & Lieyn selamat diijab kabulkan pd 2hb Ogos 2008...1hb tu Majlis Malam Berinai & Mencukur Jambul anak ke-2 member opis@second photog aku ...leh tahan letih nyer badan aku ni bila nak kena cover 2 majlis berturut2...sbb 2hb tu kalau korang perasan adalah Majlis Pertunangan Cik Fara...main kejar2 jap ...so ni la hasil dr tanganaku yg x seberapa ni...

p/s : cover majalah tu request dr pengantin n first time dr aku...

wah.. syabas!! boleh jadi OP kita kat segamat? hehe Wed 27-Aug-2008 08:08
Posted by:nakia
trimas...jd OP??boleh ajer... Wed 27-Aug-2008 08:44
Posted by:epul4269  - [Link]
Nak jadi 2nd OP bole bang..hehehe.. Sat 30-Aug-2008 14:57
Posted by:nanba  - [Link]
Add comment


Saturday, 9-Aug-2008 11:20 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Cik Intan 3hb Ogos 2008

 
 
 
View all 6 photos...








Satu lagi future customer aku utk wedding photo . Cik Intan, adik member aku, majlis kat Kuala Kangsar. Tarikh sama ngan majlis bertandang abang dier (member aku. Wed pic dier nanti aku upload). Kerap gak aku kena cam ni. Dlm satu majlis beso ader sub-majlis . Kalau kena tiap2 minggu cam ni leh penuh aku diari aku tahun depan ngan job wedding pic . Alhamdulillah. Rezki anak2

yes.. quality... quantity and quality.. tu penting...
ye la.. aku pun jenuh berpeluh2 nak masuk CS..
rasa 2 3 haritu dia prob kit.. siap klua message_die..
risau gile aku.. haha..
sekarang dah ok dah bro...
apapun, nice pic bro...
i love it..
Thu 14-Aug-2008 02:20
Posted by:Kawanari kawanari79@gmail.com  - [Link]
Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah
Fri 5-Sep-2008 01:37
Posted by:Zilah  - [Link]
Add comment


Thursday, 7-Aug-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Cik Fara, 2hb Ogos 2008

 
 
 
View all 8 photos...







Berlangsung nyer Majlis Pertunangan Cik Fara pd 020808 di Kajang Perdana. Kalau korang perasan Cik ni la yg ader dlm pic malam dinner opis aku tu . Nama bakal suami nyer Hanafi. Langsung nyer majlis rasmi setahun dari tarikh pertunangan. Harap2 la aku dpt jd OP dier utk dua2 majlis .

Care to comment?


Wednesday, 30-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
_________________
HASNUDDIN ABU SAMAH

Care to comment?


Monday, 28-Jul-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Ila 20/7/2008

 
 
 
View all 4 photos...




Ila ni kawan wife aku...sebelum aku balik tgk wife aku tu hari dah disuruh bawak balik camera...kata nyer nak promote...so aku pun bawak la dan ni la hasil yg x seberapa ni ...so skrg ni tinggal tunggu bila la hari langsung Ila ni ....

takpe.. aku tau ko mesti gempak jugak..
gempak kan..? ko kan gempak...
all the best bro...
Sat 2-Aug-2008 04:03
Posted by:Kawanari kawanari79@gmail.com  - [Link]
salam
gambar awak bagus
Sun 10-Aug-2008 09:32
Posted by:suhaimi  - [Link]
thanx bro suhaimi...masih bnyk yg sy kena belajo...lom perfect shoot saya... Wed 13-Aug-2008 02:36
Posted by:epul4269
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.